|
Ahad, 12 Jun 2005 |
|
Kepada mantan peserta 'Program Motivasi Kepimpinan Siswa Nelayan', anda dipersilakan mengemaskinikan maklumat kerjaya, telefon dan alamat terkini untuk rekod YANEM.
YANEM – SEPINTAS LALU
Kehidupan masyarakat nelayan di negara ini umumnya masih dikaitkan dengan aspek kemunduran dan kemiskinan.Pada realitinya, golongan nelayan adalah sumber tenaga manusia yang penting dan berpotensi besar untuk dimajukan secara lebih agresif, kompetitif dan berdaya saing seiring dengan arus perdana, Wawasan 2020.
Menyedari tuntutan tersebut, nasib warga nelayan sewajarnya dibela secara berterusan untuk menggilap segala potensi yang sedia wujuddi kalangan masyarakat nelayan khusunya generasi muda nelayan.Segala usaha digembleng bagi merealisasikan satu wadah perjuangan membela nasib masyarakat nelayan kita secara berfokus dan terancang, akhirnya hasil kerjasama pelbagai pihak tertubuhlah sebuah organisasi yang di maksudkan, iaitu Yayasan Nelayan Malaysia atau ringkasnya YANEM. YANEM telah ditubuhkan pada 21 Jun 1999 seterusnya dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi pada 29 Julai 1999. |
|
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 20 Oktober 2009 )
|
|
Baca lagi...
|